Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.Kita mungkin sudah
biasa dengan tajuk-tajuk seperti ini. Tapi biarlah ia diulang-ulang
supaya sentiasa menjadi pemangkin semangat kepada diri kita yang
sentiasa lalai dan alpa dengan godaan duniawi. Semoga ia banyak memberi
manfaat kepada kita untuk mencari cinta Ilahi yang hakiki.
Siapakah lelaki soleh? Adakah seorang lelaki yang bernama soleh? Oh
tentu sekali bukan. Lelaki soleh yang dimaksudkan di sini ialah seorang
lelaki yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segala zahir dan
batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan daripada sumber
yang haram. Dia juga seorang yang sentiasa berusaha menjauhkan diri
daripada segala perkara mungkar dan menariknya ke arah jurang neraka
yang dalam. Lelaki soleh juga seorang lelaki yang sentiasa taat kepada
Allah dan RasulNya walau di mana sahaja dan bila-bila masa.
Marilah kita sama-sama meneliti ciri-ciri lelaki soleh seperti yang dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis :-
Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya.
Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
Mati syahid adalah cita2 tertinggi.
Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.
Ikhlas dalam beramal.
Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.
Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya.
Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
Solat malam menjadi kebiasaannya.
Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.
Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan
manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk
kepada Allah.
Memberikan kasih sayang kepada keluarga.
” Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali Allah(para kekasih Allah itu),
tidak ada kebimbangan(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita. ”
(yunus:62)
” Wahai orang yang mempunyai nafsu mutmainnah (jiwa yang sentiasa
tenang). Kembalilah kepada TuhanMu dengan keadaan engkau redha
kepadaNya, dan Dia redha kepadamu. Maka masuklah engkau ke dalam
kumpulan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu! ”
(Al-Fajr:27-30)

No comments:
Post a Comment